Tuesday, December 29, 2009

Berakhirnya tahun 2009

Tahun 2009 dah nak jadi sejarah...Walau banyak perkara berlaku tahun ini, masa yang berlalu sangat pantas.
Dari menonton teater PGL dan peristiwa-peristiwa penting lain ditutup dengan trip ke langkawi bersama mak dan akak lin serta solehin.

Selamat Datang 2010... apa azam saya?

Wednesday, September 2, 2009

Peristiwa 22 Ogos 2009 (Avanzaku)


Hud Belakang

Tingkap Belakang

Pintu Depan

Tepi

Mujur sayangku Nurul dan suami tak ada apa-apa.

Kelahiran 13 Ogos 2009

Tepat pukul 7.11 malam lahirlah anak perempuan mia yang ke 3, dengan berat 3.28kg. Tak sangka ye... perut nampak kecil je. Buat pertama kali suami berkesempatan menemani di bilik bersalin, perasaan dia.... tak sempat tanya sebab sibuk melayan si kecil yang baru lahir.

Nama dah diberi, NURUL AMINAH SUHADAH kawan-kawan suami kata klasik (kampung) betul...... :) Walaupun semua orang kata lain dari yang lain, tak apalah ye... baby.

Kelahiran ini sehari selepas ulang tahun kelahiran mia ke 34.

Sunday, August 9, 2009

Suami selsema.....

Belikan anak2 face mask and hand sanitizer...... untuk bawak ke sekolah hari Isnin ni. Periksa punya pasal. Kalau tak memang kuarantin diorang kat rumah jer.

Lagipun dah tak larat nak jemput dan hantar diorang ke sekolah......tak larat ler naik turun tangga.

Ibu kena kuarantin..... ayah/ suami selsema hari ni.... dah pergi ke klinik... harap tak ada apa2... please stop your smoking for the time being.....

Suami selsema ni memang biasa...tapi selalu kalau bersin satu rumah bergegar..... tapi kali ni lain sikit.

Friday, August 7, 2009

Sekolah Tutup......

Sekolah tutup kerana selsema A H1N1. Semua kerja rumah kena pos melalui site gmail atau facebook.

Tak tahu lah budak2 ni nak buat homework ke tidak....

Anak2 pulak nak periksa hari Isnin ni.....

Mak pulak nak datang KL hari Ahad ni.......

Kalau kena kuarantin ni, mana boleh pergi mana2......

Tawakal kepada Allah......


Friday, July 31, 2009

Tulis apa saja....

2 sekolah berdekatan ditutup kerana didapati ada H1N1 aka selsema babi. Mujur lah.. sekolah lukman n nurul tak ditutup. Takut kena tutup juga lah.....

Kat sekolah pun banyak kes pelajar demam... principal pun dah 2 hari MC. Ada buat pembacaan tentang pregnant woman yang dijangkiti. Mohon dijauhi dengan ujian ini. Amin

Thursday, July 23, 2009

Terbaharu dari Mia....


Lagi beberapa minggu, dengan izin Allah akan lahirnya ke dunia serba mencabar ini seorang anak yang diidamkan oleh sepasang suami isteri aka ibu ayah.

Tidak merancang untuk diberikan nama apa? Tengoklah abang dan kakaknya nanti. Semoga Allah memberikan keselamatan dan kekuatan untuk kelahiran ini. Amin

Friday, February 20, 2009

PGL The Musical Season 3 (6 Februari 2009)



Bersama Adi Patih(A.C Mizal)



Sempat lagi...... :)



Bersama Hang Tuah (Stephen Rahman Hughes)



Bersama Sultan Mahmud (Adlin Aman Ramlie- suka tengok you menari :)


Memang best... Tiket untuk musim ni memang dah tak ada. Kalau ada musim ke 4, InsyaAllah nak tengok lagi. Terima kasih diucapkan kepada kawan-kawan sekolah, terutama Kak Ita yang booked tiket seawal bulan Oktober, Kak Sila yang ajak ke PGL, Ein yang tumpangkan balik malam tu (Sampai rumah pukul 2.30pagi).
Walaupun katanya... PGL Musical Season 3, hari pertama ni seperti rehearsal bagi Gusti Putri, Hang Tuah, Sultan Mahmud, Adi Patih dan pelakon-pelakon lain, tapi memang best. Gambar-gambar gegar ni diambil oleh Intan. Walaupun tak sempat nak 'pukul gambar' dengan Gusti Putri (Tiara), harap-harap ada gambar Gusti Putri dengan kawan-kawan yang lain in the next post.