Wednesday, November 24, 2010

Cuti Sekolah datang lagi...

Lega..... cikgu cuti lagi (macam cikgu aje cuti). Kelas dah habis, rasanya cuti ni sungguh bermakna bagi anak-anak bila ibunya juga cuti.
Plan nak pergi cameron highland esok bersama keluarga abang nassir, nak mandi lata iskandar kalau tak ujan. 2 hari aje.
Sabtu ada family day proton kat stadium shah alam ?? tak masuk akal kat situ jer family day. Makan KFC dan nasi beriani kot. Tengoklah macamana kalau tak penat pergilah jugak kot. Habis dah seminggu cuti... cepatnya.
Minggu depan tak plan nak buat apa lagi, minggu seterusnya ada tugasan kat sekolah, minggu satu lagi ingat nak pergi PD lah. minggu lagi satu dah cuti krimas dan minggu terakhir dah kena pergi sekolah untuk persediaan tahun 2011. Cepatnya........................

Thursday, September 2, 2010

Cuti Sakit - Pembedahan

Tahun 2010 sama macam tahun 2009 lah pulak......
Tapi kali ni peristiwa tak diduga berlaku......
Laporan adalah seperti berikut:

35 yo malay lady
Para 3+5
Post and Emergency Laparotomy and total abdominal hysterecomy on 24/8/2010
Post op dx: uterine rupture post d+c with suspected placenta accereta with iatrogenic subserosal bladder injury repaired

Ini lah yang terjadi...
Kisahnya memang menyayat hati, kalau tak buat opt ni mungkin tidak wujudlah blog ini lagi dan akan secara automatik terbengkalai sehingga lah hari kiamat.

Allah yang lebih tahu apa yang terbaik untuk kita hambanya,
Syukur pada mu Allah, hambamu ini masih diberi peluang untuk menambah kebaikan2 yang belum mencukupi untuk bekalan di sana.

Tekadkan diri untuk menambah kebaikan untuk bekalan di akhirat. Amin
Semoga ku sentiasa dalam iman dan hidayahmu ya Allah......

29/7/2010 Yang mendebarkan

Tarikh keluar result IPGM. Syukur Alhamdulilah mendapat 3.49 Kepujian
Terima kasih semua atas sokongan padu dalam segala hal.
Tak ada berhubung dengan pensyarah pun. Praktikum hanya dapat B sahaja begitu jugak dengan major. B+ untuk BMK dan IP. Lain-lain A dan A-. Syukur..................................

Tuesday, June 15, 2010

Peperiksaan IPGM

Peperiksaan itu memang menakutkan... kecut perut macam nak kena hukuman :) Nak dapat keputusan satu hal lain.... isk...isk...

Sebab peperiksaan ni kena tinggalkan anak di rumah mak langnya, baby di rumah pengasuhnya and hubby di rumah. Cuti-cuti sekolah ni tak kemana-mana pun. Kesian anak ibu....

Harap-harap mereka faham kesempitan ini, kakak nampak kurang faham, baby yang paling memahami kerana dia belum tahu liku sebenar:) Baik anak-anak ibu.

Peperiksaan yang menuntut pengorbanan masa...... selamat tinggal cuti.

Comelnya dua anak gadis mia ni..... terpaksa berkorban demi ibunya....

Friday, May 21, 2010

2010 yang pantas...

Lagi beberapa hari dah masuk setengah tahun 2010..... Cepatnya... ada 17 hari lagi puasa tak ganti :(

Tahun ni memang pantas, dalam masa 3 bulan praktikum KPLI mia dah habis. Cuti sekolah Jun ni dah periksa akhir setelah belajar dari November 2008. -+ dalam 1 tahun 6 bulan.

Baby Aminah pun dah masuk 9 bulan........Cepatnya.....dah boleh berdiri dan harap2 bulan depan boleh menapak. Pandai anak ibu....

Lukman dah masuk 8 tahun hari ni.... berkurang umur 1 tahun anakku.

Nurul dah besar segalanya... dah mula lady like... Syukurlah...sebab dari kecik kawan2 dia semua lelaki. Tahun 2010 ni, barulah nampak dia berkawan dengan ladies hopefully it will continue. Good girl.

2010 yang baik untuk kami sekeluarga..... :)

Friday, January 15, 2010

Rezeki itu Kurniaan Allah..

Dah lama memang Avanzaku ni banyak meragam... walaupun hati ini selalu hendak mengaitkan sesuatu dalam segala kejadian, tapi akal yang waras akan melarang. Istigfar........

Tapi manusia ini, kalau dah dikatakan manusia suka keuntungan atas kesusahan orang lain. Agaknya manusia itu tidak tahu yang hamba Allah ini sedang sengkek. Habislah dihentamnya RM300 pasal Avanzaku pada hal sepatutnya belanja kurang dari RM10. Kesian baby kena lepak kat Stesen minyak dari 2 hingga 6 petang.

Boleh tak kata tangan kiri gatal nak sedekah duit kat manusia ini. Redha, rezeki itu kurniaan Allah.