Saturday, March 10, 2012

Kisah iPad

Tidaklah disangka-sangka iPad idaman telah dihadiahkan seseorang kepada suami mia. Itu kisah 6 bulan lalu, masa tu iPad mia menjadi rebutan semua orang di tempat kerja... hihihi sampai mia tak berpeluang hendak memuat turun program menggunakan talian internet yang ada secara percuma.


Kini, iPad mia itu sudah tidak menjadi perhatian umum sejak masing-masing telah memiliki iPad mereka sendiri. Temujanji mia penuh setiap hari, walaupun tidak begitu mahir tetapi mereka masih mengharapkan mia untuk menyelesaikan masalah mereka. Mereka amat mempercayai mia. Selalunya mia akan usahakan sampai dapat.

Keluarga mia - iPad akan menjadi permainan anak bongsu mia, kakak dan abangnya tidak berpeluang langsung. Mia beli satu lagi iPad yang dibayar secara ansuran selama tiga bulan. Sekurang-kurangnya kakak dan abang juga boleh berkongsi menikmati iPad. Mia hanya berpeluang membelai iPad pada dingin pagi selesai tahajud waktu sunyi sepi tanpa teman... hihi sehingga kini.

Sunday, March 4, 2012

1433 ..... 2012

Pejam celik pejam celik sudah bulan Rabiul Akhir bersamaan Mac. Tahun ini belum sempat lagi berazam nak buat apa? jadi apa? dah masuk suku tahun pertama. Apa pencapaian mia setakat tahun ini? Kepuasan diri sendiri ( S. S) :)

Sekolah...semuanya berjalan lancar. Living Skill- subjek baru ni, Kemahiran Hidup - selamat datang pelajar baharu. Bahasa Melayu - selamat tinggal untuk tahun ini. Basketball - pengumuman tahun pertama menang pingat gangsa U18 perempuan (i m proud of all of u)

Keluarga...konflik anak remaja. Ibu sayang semua! Jadilah permata hati kami selalu. Marah bukan bererti benci. Marah untuk kebaikan permata hatiku. Jika caranya salah, ibu minta maaf. Mana mungkin ibu dan ayah yang melahirkan akan membenci anak-anak mereka. Buat Dhila, Lukman dan Aminah, teruskan usaha kita untuk menjadi keluarga bahagia dunia dan akhirat.

Ipad.... yeah it's arrived.