Kemalangan di dalam kawasan sekolah. Sungguh menyakitkan.... luaran dan dalaman. Ianya berlaku sekitar pukul 7.58, dekat dengan kawasan lalu lintas pelajar sekolah. Kereta yang saya pandu telah dilanggar daripada belakang, menyebabkan kereta Viva itu umpama isi sandwic telur atau tuna yang dialas dengan timun atau daun salad. Sakitnya....roti sandwicnya terdiri daripada kereta Honda Accord dan Persona. Salahkah saya sehingga diperbuat begitu?
Bayaran ganti rugi telah dibuat. Alhamdulilah.... berhati-hati bila memandu kereta. Fokus pada apa yang anda lakukan. Tolonglah jangan ulangi lagi. Mujurlah esoknya cuti sekolah kerana sambutan hari lahir kekasihku 12 Rabiulawal.
No comments:
Post a Comment